oh raya si kodie   Leave a comment


Aku kembali menulis…. Kembali dengan penuh untuk aku coret dan comfirm berepisod tulisan aku kali ini

Raya dah kembali dan ramadhan pastinya dah berlalu…. Hari ini dah raya ke 9, dan aku raya ke 4 lagi dah kembali bekerja

Raya tahun ini meriah sebab semua adik beradik balik, mak dan ayah la orang paling gembira semua cucu-cucu dan anak menantu balik. Ye la bukan senang nak kumpul semua orang ni, dua tahun sekali je ni, tu pun kalau abang aku yang kerja kat Qatar balik sini

Macam biasa menu wajib rumah, soto nasi, satey dan lodey. Sampai sepupu aku datang rumah aku just nak makan soto mak aku masak. Tapi tahun ini lain sikit, sepupu aku cakap soto tahun ni kureng sikit, selalu makan tambah banyak kali, tapi kali ini sekali je. Aku cakap “memang lain la, kali ni bukan cik niah yang masak, kak wana yang masak tu yang lain sikit. Kak wana tak reti baca-baca ayat untuk masak sup ni….hihihihi”

Tapi bagi aku tahun ini lain sekali, aku tak rasa balik kampung, tak rasa kesesakkan dan tak rasa mencari tiket bas. Yang paling aku rasa tak best bila kekawan opis tanya “ko raya balik mana?”. Dan satu lagi, “ko beraya macam mane, ade lemang tak, meriam ke ape ke….?”. Aku ini kampung kat bandar, semua tu tak de, lemang dan ketupat pun tak de, sebab family aku tak buat tu semua

Apa-apa pun raya tetap raya…walaupun otak aku serabut tapi still mampu membuat orang lain tersenyum.

 

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

20120827-195643.jpg

Advertisements

Posted August 27, 2012 by khazwani in BLOG / NEWS

Tagged with

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: