Archive for the ‘BLOG / NEWS’ Category

oh raya si kodie   Leave a comment


Aku kembali menulis…. Kembali dengan penuh untuk aku coret dan comfirm berepisod tulisan aku kali ini

Raya dah kembali dan ramadhan pastinya dah berlalu…. Hari ini dah raya ke 9, dan aku raya ke 4 lagi dah kembali bekerja

Raya tahun ini meriah sebab semua adik beradik balik, mak dan ayah la orang paling gembira semua cucu-cucu dan anak menantu balik. Ye la bukan senang nak kumpul semua orang ni, dua tahun sekali je ni, tu pun kalau abang aku yang kerja kat Qatar balik sini

Macam biasa menu wajib rumah, soto nasi, satey dan lodey. Sampai sepupu aku datang rumah aku just nak makan soto mak aku masak. Tapi tahun ini lain sikit, sepupu aku cakap soto tahun ni kureng sikit, selalu makan tambah banyak kali, tapi kali ini sekali je. Aku cakap “memang lain la, kali ni bukan cik niah yang masak, kak wana yang masak tu yang lain sikit. Kak wana tak reti baca-baca ayat untuk masak sup ni….hihihihi”

Tapi bagi aku tahun ini lain sekali, aku tak rasa balik kampung, tak rasa kesesakkan dan tak rasa mencari tiket bas. Yang paling aku rasa tak best bila kekawan opis tanya “ko raya balik mana?”. Dan satu lagi, “ko beraya macam mane, ade lemang tak, meriam ke ape ke….?”. Aku ini kampung kat bandar, semua tu tak de, lemang dan ketupat pun tak de, sebab family aku tak buat tu semua

Apa-apa pun raya tetap raya…walaupun otak aku serabut tapi still mampu membuat orang lain tersenyum.

 

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

20120827-195643.jpg

Posted August 27, 2012 by khazwani in BLOG / NEWS

Tagged with

nyawa kedua   Leave a comment


   

     

aku seperti diberi nyawa kedua. insafkan diri……

betullah kata orang “pandu perlahan jiwa selamat”.

aku nyaris tadi jika tidak malam ni aku temani bantal putih cadar putih.

kereta aku hilang kawalan, hanya beberapa saat sahaja. aku tergamam. tidak tahu mana silapnya, bukan mengantok bukan berkhayal tapi entah mengapa. aku tarik stering sampai habis dan balas kembali. dah macam drifter. pusing kiri pusing kanan, akhirnya berhenti diarah bertentangan. nasib tiada satu pun kenderaan.

dalam otak aku, jangan bagi terbalik jangan terbalik. aku kaku, hanya tangan kawal stering dan kaki terpaku menekan brek.

Allah maha kuasa. mungkin ini peringatan, bila-bila saja aku mampu hembus nafas terakhir.

betullah kata orang “pandu perlahan jiwa selamat”.

aku seperti diberi nyawa kedua. insafkan diri……

 

*11.30am 18 Disember 2011 jalan Mersing – Kluang

Posted December 19, 2011 by khazwani in BLOG / NEWS

dari DARATAN ke KEPULAUAN vol.3 (episod terakhir)   Leave a comment


TripToSabah

salam semua, aku dah kembali semula. lama sangat dah aku tinggalkan blog aku ni. so hari aku kene abiskan travelog ni. hari tu aku berhenti kat mane ye??? oooo baru ingat tu pun sebab bace balik blog aku.

hari ni hari yang dinantikan, berSNOKELING. kitaorg nak menyelam menikmati keindahan lautan ciptaanNYA. aku taknak tulis bnyk just aku nak letak pic je, pic pun aku amik dari mukabuku Imran M. Effendi.

389340_2611197847794_1490449121_2913619_472445283_n385929_2605418863323_1490449121_2911592_850675139_n312201_2605421943400_1490449121_2911594_2006857467_n309780_2605420703369_1490449121_2911593_1690707409_n

korang mesti tanye nape aku lompat x tinggi, ade kesah beb sebelum melompat tu. ni gambar kemudia, gambar sebelum ni aku lompat tinggi kot. ni kerna seluar murah aku beli, x sampai 10 jam dah koyak. xpe lah, beli pakai buang aje.

aku rase ni la moment yang best walaupun otak aku time tu bnyk fikir pasal kerja, tp aku tetap seronok.

aku nak tamat kat sini aje lah ye.

hope tahun depan geng adiksian aku ni ade trip lagi. Open-mouthed smile

the end

Posted December 9, 2011 by khazwani in BLOG / NEWS

dari DARATAN ke KEPULAUAN vol.2   6 comments


TripToSabah

sorry la sebab lewat sambung cerita ni, kesibukan kerja buat aku tak sempat nak wat karangan. so aku sambung cerita pasal TripToSabah.

ni dah masuk hari ke tiga kita orang kat sabah, pagi2 lagi kita orang dah bangun untuk kejar bas yang paling awal ke Kota Kinabalu. so kul 630 pagi ktrg keluar rumah. sampai perhentian bas, ktrg dapat tiket bas kul 730am.

start la perjalanan kami ke KK, orang kata 6 jam perjalanan. dah macam dari KL ke KB je…..jauh tu. time perjalan, peeegghhhh mmg jauh dan perjalanan naik turun bukit sebab lalu kat gunung kinabalu katanya. aku bajet tak nak tido tapi tertidur juga, kalah beb sebab takde bende nak wat soo tidur je lah agenda terbaik.

dalam 3 jam lebih perjalanan sampai la kami kat Ranau, pit stop utk rehat n makan kire2 mcm R&R la. aku rasa dari Sandakan dan sebelum sampai Ranau ni aku bantai tidur. aku rasa si Nurul Syahamah je yang tak tidur, kerja amik gambar n layan movie dalam bas.

rehat dlm 20 minit, sambung balik perjalan. kali aku tak tidur sebab aku ada misi iaitu nak tengok jambatan tamparuli. dari perbualan ngan ayah Pertzyana Alpah, boleh nampak jambatan tu. aku pun berjaga melihat pemandangan kiri dan kanan pastu kanan dan kiri. sampai la Kundasang, tempat ni sejuk beb macam Genting Highland….sejuk sebab kat sini la gunung Kinabalu. sesiapa berminat nak daki gunung yang tertinggi di Asia Tenggara boleh la datang ye. lawa beb pemandangan kat Kundasang, next time aku datang Sabah confirm aku datang sana.

teruskan lagi perjalan dan aku tetap mencari mana jambatan tamparuli ni. tengok punya tengok, tau tau dah sampai Inanam, tempat utk kitrg turun. soo hampa la aku sebab tak nampak pun jambatan tamparuli.

pasni tunggu member Mohd Muzhafar Hamdan untuk jemput kitrg dan hantar kat Kota Kinabalu.

sampai je di Kota Kinabalu, tempat pertama di tuju adalah Jesselton Point. tempat untuk booking snorkling. Open-mouthed smile

DSC_0426

so aku cite sampai sini dulu nanti aku sambung lagi.

Posted October 26, 2011 by khazwani in BLOG / NEWS

dari DARATAN ke KEPULAUAN vol.1   2 comments


TripToSabah

ya last weekend aku ke Sabah ngan kekawan photog yang senang aku cakap best friend aku. aku ke sana selama 5 hari tapi hari yang aku rasa bercuti just sehari dua je kot. sebab 1 day kat sabah memang badan aku dah penat sangat sebab 5 hari sebelum aku ke Sabah, aku kene kerja kat IbuPejabat. dah la habis kerja pukul 6 petang, terus cari tiket bas ke KL. nasib baik ada kalau takde just aku bagi lambaian je la kat kekawan aku.

sampai je kat TBS dah nak pukul 5 pagi. akak aku pickup aku dan terus hantar ke LCCT. sampai-sampai je LCCT terus boarding. dapat duduk dalam 15 minit je gate untuk flight aku pun bukak, tapi dalam 15 minit tu sempat gak aku berfacebook ngan Syukri Borhan. so start la TripToSabah.

aku terbang ke Sandakan dulu sebab kat sanalah tujuan utama aku ke Sabah, kerja shoot weding si Sherlin & Mantho. dia orang ni la sponser besar penerbangan kami. sampai Sandakan, aku dijemput oleh best friend aku yang memang orang Sandakan, Pertzyana Alpah ditemani oleh Cocucini Pix. rindu beb, lama tak jumpa dia, dah hilang loghat semenanjung. so sampai terus aku gi rumah Sherlin. ingat sampai terus dapat jumpa Syukri Borhan, Imran M. Effendi, Mohd Muzhafar Hamdan & Nurul Syahamah tapi takde diaorang kat umah Mantho. so Sherlin bawak aku gi makan coto mikasa. pastu balik rumah si Sherlin semula.

petang tu takde agenda langsung, so untuk hilangankan stress kitaorang pun pergi mengasah suara. macam kat semenanjung takde karaoke je kan. habis je berkarok kitaorang gi lepak makan. so hari pertama aku kat Sandakan ni more relax and just pusing-pusing bandar Sandakan.

DSC_2307

2nd day, hari untuk bekerja. kerja menembak-nembak orang kawin. seharian kitaorang bersama pengantin, start dari pagi untuk bermake up, majlis pernikahan pastu outdoor dan malam majlis resepsi. kalau korang nak tahu, majlis nikah diorang ni simple je, tak macam kat semenanjung, kene test ngn tok kadi la, pastu dengar khutbah la….kat sabah ni simple je, kejab je dah settle. apapun aku lambat lagi so aku tak perlu fikir pasal ini semua.

serius aku cakap aku belum puas kat Sandakan sebab aku tak pergi pun tempat2 yang patut orang semenanjung pergi. macam mane nak pergi masa terhad lagipun kat Sandakan just untuk bekerja.

so aku just cite untuk 2 hari punye perjalanan, nanti aku sambung lagi. kang kalau aku tulis semua comfirm korang bosan, lagi2 la si Syukri Borhan, dia bukan suka bace blog yang postnya macam karangan SPM.

 

 

 

 

 

*semua karektor di dalam cerita “dari DARATAN ke KEPULAUAN” menggunakan nama facebook.

Posted October 16, 2011 by khazwani in BLOG / NEWS

jauh dari Kuala Lumpur   1 comment


DSC_0344 copy

17 September, untuk pertama kali mereka jejak bumi nelayan ni. dia orang ini sangat gembira tapi hati aku sebagai tuan rumah lagi la girang gembira tak terkata. aku dah lama plan nak bawak kekawan aku dari KUALA LUMPUR datang ke MERSING ni.

tapi percutian diorg ni bukan kejab tapi singkat sangat, tak puas aku nak bawak diorang berjalan-jalan, sempat la aku bawak diorang pusing-pusing dan singgah beberapa tempat.

DSC_0348 copyDSC_0349 copy

walaupun aku ajak ramai kekawan dari KL tapi cukup buat hati aku untuk gembira ngan kehadiran 2 sahabat aku ni.

DSC_0374 copyDSC_0375 copyDSC_0379 copyDSC_0402 copy

terima kasih kat Syukri Borhan dan Lah Fauzi yang sudi menjejakkan kaki ke bumi Mersing ni. hope korang tak serik untuk datang lagi sekali ke sini. pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk korang.

Posted September 18, 2011 by khazwani in BLOG / NEWS, PHOTOGRAPHY

Makan2 Aidilfitri   Leave a comment


assalamualaikum

Hj Ahmad Tabrani & Hjh Saniyah serta keluarga menjemput anda ke majlis

MAKAN2 AIDILFITRI 1432H

pada : 17 September
masa : 2:00 petang
di alamat :
No 1 Jalan Lama, Rumah Murah Mersing Kecil, 86800 Mersing, Johor.

turut mengundang:
Khairul Azmie sekeluarga
Noorazwana sekeluarga
Norazlina
Nurunna’im
Khairul Hazwani @ kodie

Selamat Hari Raya Aidilfitri | Maaf Zahir & Batin

jemputan copy

Posted September 11, 2011 by khazwani in BLOG / NEWS

%d bloggers like this: