CUKUP   Leave a comment


 

puas aku diamkan diri,
hanya untuk yakinkan diri,

 

hari ini aku bangkit,
tulis rasa isi hati,

 

sudah cukup rasa sakit,
sebab aku tiada hak untuk memiliki.

Posted August 4, 2012 by khazwani in PENA

berhenti   Leave a comment






setiap hari kejari bayang,

dan hari ini aku tersungkur,

buat aku terus berhenti,

berhenti dari kejari bayang.



Posted March 18, 2012 by khazwani in PENA

semalam, kemarin dan kemarin   Leave a comment




rindu aku pada semalam,

buat aku terngiang-ngiang yang kemarin,

tapi mana mampu lenyapkan hari sebelum kemarin,


bila lagi aku mampu rasa,

yang semalam, kemarin juga sebelumnya….


Posted February 28, 2012 by khazwani in PENA

berbisik isi hati   6 comments


Biar aku berbisik
Berbisik satu lafaz
Lafaz indah terus ke gendangmu

Biar bibirku kucup sentuh telingamu
Sentuh lembut dari hati
Agar kau rasai jelas suci

Aku mahu kekal berbisik
Agar hanya kita saja yang tahu
Kekal berdua rahsia cinta

Posted February 18, 2012 by khazwani in PENA

nyawa kedua   Leave a comment


   

     

aku seperti diberi nyawa kedua. insafkan diri……

betullah kata orang “pandu perlahan jiwa selamat”.

aku nyaris tadi jika tidak malam ni aku temani bantal putih cadar putih.

kereta aku hilang kawalan, hanya beberapa saat sahaja. aku tergamam. tidak tahu mana silapnya, bukan mengantok bukan berkhayal tapi entah mengapa. aku tarik stering sampai habis dan balas kembali. dah macam drifter. pusing kiri pusing kanan, akhirnya berhenti diarah bertentangan. nasib tiada satu pun kenderaan.

dalam otak aku, jangan bagi terbalik jangan terbalik. aku kaku, hanya tangan kawal stering dan kaki terpaku menekan brek.

Allah maha kuasa. mungkin ini peringatan, bila-bila saja aku mampu hembus nafas terakhir.

betullah kata orang “pandu perlahan jiwa selamat”.

aku seperti diberi nyawa kedua. insafkan diri……

 

*11.30am 18 Disember 2011 jalan Mersing – Kluang

Posted December 19, 2011 by khazwani in BLOG / NEWS

rasa   Leave a comment


 

aku punya rasa dan kau juga

tapi mesti rasa kau berbeda dari aku rasa

dia cipta satu rasa tapi lain citarasa

aku sedang rasa dan juga kau merasa

aku mahu kau rasa apa yang aku rasa

sebab rasa itu wat aku hiba

Posted December 17, 2011 by khazwani in PENA

dari DARATAN ke KEPULAUAN vol.3 (episod terakhir)   Leave a comment


TripToSabah

salam semua, aku dah kembali semula. lama sangat dah aku tinggalkan blog aku ni. so hari aku kene abiskan travelog ni. hari tu aku berhenti kat mane ye??? oooo baru ingat tu pun sebab bace balik blog aku.

hari ni hari yang dinantikan, berSNOKELING. kitaorg nak menyelam menikmati keindahan lautan ciptaanNYA. aku taknak tulis bnyk just aku nak letak pic je, pic pun aku amik dari mukabuku Imran M. Effendi.

389340_2611197847794_1490449121_2913619_472445283_n385929_2605418863323_1490449121_2911592_850675139_n312201_2605421943400_1490449121_2911594_2006857467_n309780_2605420703369_1490449121_2911593_1690707409_n

korang mesti tanye nape aku lompat x tinggi, ade kesah beb sebelum melompat tu. ni gambar kemudia, gambar sebelum ni aku lompat tinggi kot. ni kerna seluar murah aku beli, x sampai 10 jam dah koyak. xpe lah, beli pakai buang aje.

aku rase ni la moment yang best walaupun otak aku time tu bnyk fikir pasal kerja, tp aku tetap seronok.

aku nak tamat kat sini aje lah ye.

hope tahun depan geng adiksian aku ni ade trip lagi. Open-mouthed smile

the end

Posted December 9, 2011 by khazwani in BLOG / NEWS

%d bloggers like this: